Bismillah..
Assalammuakaikum w.b.t 😊
Hari ini saya akan berkongsi lagi sedikit mengenai diri saya iaitu apakah yang menakutkan saya @ ' what is my biggest fear in life' ,. 🙃 Sebenarnya banyak perkara yang menakutkan saya. Terutamanya dalam misi mengejar impian dan cita-cita.. Impian dan cita-cita memberikan impak yang amat besar di dalam diri saya sekiranya dapat di realisasikan. Impian saya adalah untuk membahagiakan kedua ibu bapa saya, namun sekiranya saya gagal mencapai impian maka sukarlah bagi saya untuk membalas jasa baik kedua ibu bapa saya..
Namun sekiranya saya gagal , sudah pastinya saya akan berusaha lagi dengan bersungguh-sungguh untuk merealisasikan impian saya ini kerana terdapa sebuah kata-kata iaitu usaha keras yang dilakukuan pastinya diabalas dengan kejayaan yang setimpal..
Namun, bagi saya ketakutan itu tidak wajar ada dalam diri setiap individu kerana sebenarnya kita yang mengawal ketakutan itu, sekiranya kita berasa takut maka sudah pastinya kita akan terus cenderung kearah kegagalan itu, tapi sekiranya kita yakin dan percaya bahawa kita mampu mencapai sesuatu tanpa ada rasa takut, sudah pastinya impian kita akan dapat di realisasikan kerana pemikiran yang positif menghasilkan sebuah produktiviti yang positif dari dalam diri kita 😊😊 Namun, ketakutan itu sebenarnya mampu untuk memberikan peringatan kepada kita untuk sentiasa bejaga - jaga agar tidak jatuh kearah kegagalan .. 😊
Sampai disini sahaja perkongsian kali ini, semoga dapat memberi manfaat kepada anda semua 🤗

No comments:
Post a Comment