Thursday, 12 October 2017

Bismillah..

Saya akan berkongsi sedikit pengalaman saya ketika hari pertama berada di Kolej Matrikulasi Labuan 😁
Sebenarnya menyambung pelajaran di matrikulasi bukanlah pilihan utama saya(Hehehe😬😬). Sebenarnya saya ingin menyambung pelajaran Di Maktab Perguruan (IPG) , namun saya gagal semasa ujian fizikal untuk kelayakan temuduga kemasukan ke IPG. (mungkin bukan rezeki saya πŸ™ƒ).
Ok, berbalik kepada tujuan saya menulis di blog kali ini untuk menceritakan pengalaman saya ketika hari pertama berada di kolej matrikulasi labuan (KML).  Semasa hari pertama  pelbagai perasaan yang bercampur baur dan yang merisauka saya ada sudah pastinya untuk merindui kedua ibu bapa saya, kerana selama ini saya tidak pernah tinggal bejauhan dengan ibu bapa saya.. Setibanya di KML saya telah melalui proses pendaftaran dan penyerahan kunci bilik 😁😁😁 perasaan saya pada masa itu semakin risau, siapakah yang akan tinggal sebilik dengan saya?  Adakah mereka baik? Tidakkah mereka sombong? (πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚) setibanya saya di bilik, kelihatan tidak ada seorang pun individu di dalam bilik, namun terdapat barang barang mereka di atas katil.. Perasaan ketika sampai di bilik agak berbeza kerana tempat ini lah yg akan menjadi rumah sementara saya selama 1 tahun (😊😊)
Tidak lama kemudian, rakan sebilik saya telah datang ke dalam bilik.. sepertinya kebiasaannya saya sememangnya agak pendiam, namun rakan sebilik saya terlebih dalahulu menegur saya dan memperkenal kan diri.. sebaik sahaja selesai kami memperkenalkan diri, saya dapat menyimpulkan bahawa kawan sebilik saya amat baik orangnya 😊😊 (alhamdulillah). Setelah selesai mengemas barang kedalam almari, kami pun segera turun kedewan atas arahan fasilitator minggu orientasi.. Semasa berada didewan terdapat ramai sangat pelajar,  maka timbullah lagi tanda tanya di dalam diri saya 'mampukah aku memberikan saingan kepada mereka?, kerana rata2 semua pelajar di sini adalah pelajar cemerlang ' Namun, sehingga hari ini saya tetap berusaha bersunggu-sungguh untuk memberikan saingan kepada mereka.. Semoga dengan usaha yang sedikit ini mampu untuk saya mengejar impian sepanjang menuntut di sini πŸŽ“πŸ˜ŠπŸ’•
Itu sahaja perkongsian saya kali ini, Terima kasih.. Assalam 🌸

No comments:

Post a Comment