Bismillah..
Assalammualaikum..
Saya harap anda semua berada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa di bawah jagaan-Nya π Alhamdulillah, hari ini saya akan berkongsi lagi serba sedikit mengenai diri saya iaitu apakah yg telah saya lakukan ataupun usaha yang saya lakukan dalam merealisasikan impian saya πππ.
Untuk mencapai impian, semestinya pelbagai usaha telah saya lakukan.. Yang paling nyata sekali adalah saya telah berjaya merealisasikan impian saya, namun belum sepenuhnya lagi ( masih dalam proses ππ ) di mana saya telah berjaya menjadi salah seorang pelajar cemerlang SPM di sekolah saya dan di peringkat daerah ππBagi saya itu sudah pastinya membahagiakan kedua ibu bapa saya, namun masih belum dapat ditandingi lagi kejayaan saya yang sekecil ini dengan jasa dan pemgorbanan kedua ibu bapa saya kepada saya selama ini π Kini dengan bergelar seorang pelajar di institut pengajian tinggi, saya sekali lagi ingin membanggakan dan membahagiakan kedua ibu bapa saya dengan menjadi seorang pelajar yang terbaik ( Inshaa Allah) π Saya juga sentiasa berpegang dengan kata - kata yang mampu memberikan saya semangat yang positif untuk mencapai impian saya.. Sebuah kata-kata yang amat menarik perhatian saya iaitu " don't give up on your dreams, or your will give up on you ", kata - kata ini memberikan makna yang cukup mendalam iaitu kita tidak seharusnya berhenti berusaha dalam mengejar impian kerana kita sendiri yang merancang impian kita, jadi kita sendiri lah juga yang wajar meneruskan usaha dalan merealisasikan impian tersebut tanpa putus asa, walaupun dirintangi dengan ombak berduriππͺπ© ( πππππ )
Nampaknya sampai disini sahaja dulu perkongsian saya pada kali iniπ€
Terima kasih, Assalam..

No comments:
Post a Comment